SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KOHORT 3 (SBT)
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI KUATAN (INTEK)
    
  
 

Hari Kebudayaan Bahasa Cina (HKBC) SBP Ke 5 2014



INTEK, 21 FEB 2014, Program dwi tahunan ini akan diadakan di INTEK (tuan rumah) pada 07 hinga 09 Mac 2014. Sebanyak 28 buah SBP seluruh Malaysia termasuk INTEK dengan hampir 300 peserta dan guru pengiring serta 100 orang ajk akan terlibat, tidak terkecuali penglibatan agensi luar seperti Jabatan Kesihatan, Air Pahang Berhad (PAIP), Polis Di Raja Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang (BTPN), Jabatan Bomba, Jabatan Penerangan dan yang paling utama adalah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu lebih tepat lagi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Tema yang dipilih pada kali ini ialah "BAHASA MENJUNJUNG BUDAYA". INTEK menjadi tuan rumah ke 5 selepas SBPI Gombak menjadi tuan rumah pada tahun 2012.

Acara kemuncak pada 09 Mac dijangka dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching , dan akan mendapat liputan meluas media. Pelabagai acara telah diatur sepanjang HKBC kali ini seperti tarian singa, pertunjukan yoyo cina, pertandingan masakan cina, pertandingan bahas bahasa cina, caligrafi cina, pertunjukan wushu dan banyak lagi. Muat Turun tentatif program di sini.
 
Adalah diharapkan penganjuran kali ini akan berlangsung dengan jayanya dan apa yang paling penting betapa murninya nilai budaya dan kepelbagaian bangsa di Malaysia akan ditonjolkan dalam HKBC kali ini, dengan slogan 1 Malaysia.
~Admin~


Rumusan Kursus Kepemimpinan PRS SBP Zon Timur 2014


INTEK, 16 FEB 2014, Kursus kali ini diadakan sepenuhnya di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang, di mana INTEK telah diberi tanggungjawab sebagai pengelola. Kursus ini merupakan salah satu program yang akan dapat memantapkan pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) supaya menjadi terlatih  untuk membantu rakan-rakan mereka dalam bidang akademik, perlakuan dan emosi. Julung kalinya kursus ini diadakan di peringkat zon secara serentak di semua zon pada tarikh yang sama. Tema yang dipilih pada kali ini ialah, "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain". Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua perserta dan JK pengelola pada kali ini. Gambar-gambar pada hari penutup boleh dimuat turun di Album. Sekian, terima kasih.

Selamat Datang ke INTEK.

INTEK, 24 JAN 2014, INTEK sebagai tuan rumah kepada:

1) KURSUS KEPEMIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SBP ZON TIMUR 2014
               TARIKH: 12~15 Feb 2014
               TENTATIF:* in progress.....

2) HARI KEBUDAYAAN BAHASA CINA (HKBC) SBP 2014
               TARIKH: 07, 08 dan 09 Mac 2014
               TENTATIF: Download

~admin~


Keputusan PMR Terbaik Sejak 2005.

INTEK, 19 DIS 2013, INTEK amnya, pelajar batch Savant khasnya telah membukti mereka BOLEH!. Keputusan PMR yang diumumkan pagi telah melakar sejarah baru INTEK dan menceriakan semua warga INTEK. Mereka telah berjaya memecah rekod terbaik 1.18 dan kini mereka memegang rekod tersebut dengan pencapaian GPS 1.14. Jumlah pelajar semua A pula meningkat kepada 43 orang berbanding rekod sebelum ini 33 orang yang paling ramai. Tahniah buat mereka dan tahniah buat semua warga INTEK Analisis dan carta lengkap di Akademik>Keputusan PMR. Klik sekarang.

~admin~

Pengaktifan Yes Id untuk menggunakan Frog VLE INTEK

Permohonan Yes Idhttp://goo.gl/9N5JdS (Langkah Pertama)
Portal 1bestarinet : https://www.yes.my/v3/1bestarinet.do (Info dan pengaktifan Yes Id)
Frog VLE INTEK : https://cra4001.1bestarinet.net (Frog VLE untuk PdP)

INTEK, 19 Nov 13, INTEK tidak terkecuali dalam usaha KPM membestarikan kaedah Pengajaran & Pembelajaran melalui portal 1bestarinet dan Frog VLE (Virtual Learning Environment). Oleh itu, pihak sekolah sedang dalam proses mengarahkan pengaktifan Yes Id bagi semua guru INTEK, pentadbir, staf, pelajar INTEK dan akhir sekali kepada ibu bapa/penjaga. Pihak tuan puan diminta selalu mengikuti perkembangan terkini melalui laman web ini atau melalui lama Facebook Rasmi INTEK (SBP Integrasi Kuantan (Official). Sekian.

~admin~

Kejohanan Golf Jemputan INTEK Peringkat Kebangsaan 2013

TARIKH: 29 & 30 Sept 2013
TEMPAT: Maran Golf Resort & Kelab Golf Rekreasi TUDM
HADIAH UTAMA: Barangan Elektrik

~admin~

Solat Hajat Perdana SPM & PMR 2013

TARIKH: 27 Sept 2013
MASA: 6.00pm
TEMPAT: Surau An-Nur, INTEK.

 

Logo Rasmi Kejohanan Balapan & Padang SBP Zon Timur.

INTEK, 23 Jun2013, Oleh kerana INTEK merupakan penganjur pertama Kejohanan Balapan & Padang SBP Zon Timur tahun lalu, INTEK telah diberi kepercayaan untuk merekacipta logo rasmi kejohanan tersebut. Dengan kepakaran yang ada, Alhamdulillah, logo tersebut berjaya disiapkan dan bendera rasmi kejohanan juga dalam proses pembuatan. Semoga logo ini akan terus digunakan secara rasmi selagi kejohanan ini ada dan semoga INTEK terus dijadikan kenangan dalam penganjuran kejohanan ini buat kali pertama. Klik link berikut untuk muat turun mengikut saiz.


 
 


Selamat Hari Guru 2013.



INTEK, 15 Mei 2013, Selamat Hari Guru tahun 2013, 1 Aspirasi 1 Agenda. Pada setiap tahun kami warga INTEK dan semua warga pendidik di seluruh negara akan menyambut hari guru. Seperti kebiasaannya, pelajar-pelajar daripada Badan Pengawas T4 dengan kerjasama Kelab Guru & Staf INTEK akan mengelola sambutan tahunan ini. Walaupun sambutan hari guru setiap tahun akan berada di tengah-tengah kesibukan para pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun, majlis yang diadakan tetap meriah dek komitmen para guru, staff dan terutamanya para pelajar INTEK sekalian. Terima kasih kami ucapkan dan kami akan sentiasa memberi yang terbaik agar kamu menjadi modal insan yang berkualiti bertaraf dunia sesuai dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

* Ucapan Selamat Hari Guru boleh disertakan di Facebook Rasmi INTEK @SBP Integrasi Kuantan (Official) dengan target 100 ucapan!

SAMBUTAN HARI GURU INTEK 2013

TARIKH: 16 Mei 2013
HARI: Khamis
TEMA: Hitam Pink

TENTATIF: 07am (Persediaan); 0800am (Sukaneka guru); 0930am (Acara dewan); 1230pm (Bersurai); 0200pm (Guru & Staf menikmati Makan Tengahari di Hotel Sri Manja)
 
 

Perkongsian Pintar INTEK dengan Hankuk University, South of Korea.

INTEK, 23 Mac 2013, Program ini melibatkan Panitia Bahasa Melayu INTEK dangan Jabatan Bahasa Melayu di Hankuk Universiti, Korea Selatan. Yong In, Univerisiti Hankuk Seoul dan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul. Berikut adalah perincian program:
 
TARIKH: 20 ~ 26 Mac 2013
 
OBJEKTIF:
1) Mengadakan perkongsian pintar ilmu Bahasa Melayu dengan pelajar yang mengambil kursus Bahasa Melayu di Hankuk University.
2) Memperkenalkan beberapa kaedah mudah P&P dalam Bahasa Melayu.
3) Memperkenalkan kebudayaan Melayu di Univeristi Hankuk khasnya dan rakyat Korea Selatan umumnya.
 
 
 
Wrote by: admin@myintek.info Source: Bahasa Melayu Panel

 

 

Minggu Sains dan Teknikal INTEK 2013

INTEK, 10 Mac 2013, Program ini telah berlangsung dari 04 ~ 07 Mac yang lalu dan di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti:
 
1) Water rocket Launcher with Parachute (Fizik)
2) "MyIntek" Solar Car (Fizik)
3) Eksperimen dan Kuiz Kimia (Kimia)
4) Eksperimen dan Kuiz Biologi (Biologi)
5) Bridge Model (TK/KH)
6) Floating Tower (TK/KH)
6) Treasure Hunt (Maths)
7) Iron Chef (KH-ERT)

 

Karnival Pendidikan Islam INTEK 1434H

INTEK, 14 Feb 2013, Program Karnival Pendidikan Islam merupakan program tahunan INTEK dalam mencungkil bakat-bakat dalam bidang Pendidikan Islam peringkat sekolah. Pelajar-pelajar ini juga akan dipilih untuk Karnival Pendidikan Islam peringkat seterusnya. Pada tahun ini, program ini akan berlangsung seperti berikut: 
 
1) Tilawah Al-Quran (14/02/13, Khamis, 3.00pm, Surau An-Nur)
2) Syarahan Agama (14/02/13, Khamis, 3.00pm, Anjung Mesra)
3) Syarahan Bahasa Arab (14/02/13, Khamis, 3.00pm, Bilik Seminar)
4) Hafazan (14/02/13, Khamis, 3.00pm, Dewan Perdana)
5) Nasyid (15/02/13, Khamis, 2.45pm, Dewan Perdana)

Wrote by; admin@myintek.info

 

Program KIZUNA Kohort 2, 2013

       
 
INTEK, 27 Jan 2013, Program anjuran pihak SBP ini diadakan secara tahunan dan kali ini sedang berlangsung 28 Jan 2013 hingga 06 Feb 2013 memberi peluang kepada pelajar SBP yang mengambil bahasa Jepun dan fasih. Seramai 92 orang pelajar SBP seluruh negara telah terpilih untuk mengikuti program ini bersama 3 orang guru lelaki dan 4 orang guru perempuan serta seorang pegawai KPM iaitu Tn. Hj. Rosland sendiri. INTEK juga tidak terkecuali apabila Raja Amir bin Raja Ibrahim dari 5 Ibnu Hazim dan Nurul Najihah bt Jaffar dari 5 Ibnu Khaldun telah terpilih untuk mengikuti program ini. Secara ringkasnya, program ini akan membawa pelajar-pelajar terpilih ini akan di bawa melawat dan mendiami selok belok orang Jepun di negara mereka. Meraka akan mendapat ibu dan ayah angkat di sana serta melawat di beberapa sekolah untuk merasi sendiri cara hidup orang Jepun.
Balik ke sekolah, mereka akan membentangkan apa yang mereka lalui sepanjang mereka di negara Jepun di hadapan semua pelajar.
Muat turun persembahan powerpoint mereka. Klik pada menu Muat Turun (Download)
Wrote by: admin@myintek.info

 

 

Tarikh buka sekolah di TUNDA sekali lagi.

INTEK, 04 Jan 2013, Selamat Tahun Baru Masihi 2013 diucapkan kepada semua pengikut myintek.info. Laman web ini memasuki tahun kedua dan semakin berkembang kearah yang lebih sesuai dengan perkembangan teknologi web dan laman sosial.
Tahun 2013 dimulakan dengan seribu dugaan apabila hujan yang turun selama hampir 10 jam di bandar Kuantan pada 24 Disember lalu telah menyebabkan banjir kilat di bandar Kuantan dan tragedi tanah runtuh di bahagian belakang dewan makan dan asrama puteri. Gambar-gambar tidak akan dipaparkan di sini atas sebab-sebab tertentu. Walaupun begitu, kita menerimanya sebagai ketentuan Allah SWT yang memberi seribu peringatan kepada kita semua.
 
Laporan terkini Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Cerun Kuala Lumpur menyatakan bahawa bangunan-bangunan berikut adalah tidak selamat untuk didiami buat masa ini:
1)    Kuarters Guru
2)   ASPURA
3)   ASPURI
4)   Dewan Makan
 
Oleh itu, pihak sekolah sedang diperingkat akhir untuk mendapatkan penempatan sementara semua pelajar sesi 2013 ini di luar kawasan sekolah.
 
Tarikh pendaftran pelajar sesi 2013 bagi T2, T3, T4 dan T5 INTEK telah ditunda sekali seperti berikut:
Tarikh: 13 Jan 2013 (Ahad)
Masa: 11 am (mula daftar)
Tempat: Anjung Mesra

 
Manakala Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2013 kekal seperti berikut:
Tarikh: 14 Jan 2013 (Isnin)
Masa: 8.00am – 12.00 pm
Tempat: Dewan Perdana

 
Untuk pengetahun ibu bapa dan penjaga semua, keputusan ini adalah bukan keputusan pihak sekolah, akan tetapi keputusan yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selepas beberapa mesyuarat tergempar peringkat tinggi, demi menjaga keselamatan dan keselesaan anak tuan puan.
Diharapkan semua yang mendapat akses FB atau web ini menyebarkan berita penundaan ini kepada semua kawan-kawan yang kita kenali. Akhir kata, selamat Tahun Baru dan walau apa pun keadaan, mulakanlah tahun baru dengan penuh semangat dan iltizam memandang INTEK kini SBT!..Wassalam.

Wrote by: admin@myintek.info

 
 


Muat Turun Bahan SP Chart
INTEK, 05 Mac 2012, Pautan ini khas untuk guru-guru yang akan melampirkan Analisis SP Chart dalam Ujian Mac ini. Sila klik pautan di bawah. Boleh hubungi SUP atau GPK1 jika ada soalan. Klik pada pautan Muat Turun.
Wrote by: admin@myintek.info

Sistem Butang Warna Trafik terbaru 2012 dilancar secara Rasmi.




Tarikh : 13 Feb 2012 (Isnin)
Masa  : Perhimpunan pagi
Acara  : Tuan Pengetua akan menyemat Butang Hijau kepada wakil 15 pelajar sebagai simbolik perasmian.

INTEK, 13 Feb 2012, Sejak ia diperkenalkan kepada semua pelajar INTEK pada tahun lepas, kini Sistem Warna Butang Trafik telah dilakukan sedikit penambahbaikan. Ini adalah bertujuan memberi lebih galakan kepada pelajar untuk mendapatkan Butang Hijau, dan tidak menganggap Butang Merah adalah perkara biasa!. Pada pagi tadi, berlangsung pelancaran rasmi sistem ini, dimana beberapa wakil pelajar yang mendapat butang hijau telah disematkan butang tersebut oleh Ayahanda Pengetua sendiri.

Di antara yang telah dibuat pembaharuan ialah julat terendah 50 bagi mendapat MERAH MP elektif, dan dua syarat utama untuk di kategorikan kepada HIJAU dan MERAH. (rujuk gambar di atas). Dengan pembaharuan ini, taburan warna semakin sekata dan MERAH tidak boleh dianggap biasa oleh para pelajar, manakala peluang mendapat HIJAU semakin cerah. Diharap, program seumpana ini akan terus menjadi pelajar INTEK berdaya saing dang sentiasa memberikan yang terbaik untuk INTEK, sekian. Written by: admin@myintek.info

 
SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN T1,T2,T4 ONLINE.
 
INTEK, 25 Nov 2011,Ibu bapa dan para pelajar kini boleh melihat keputusan Peperiksaan Akhir Tahun masing-masing secara online. Bagi semua pelajar di Malaysia, mereka boleh mengaksesnya di laman web SAPS Online dengan hanya memasukkan no. kp masing-masing sebagai login ID. Sila klik gambar di bawah untuk akses.
 
 
Bagi pelajar-pelajar SBP amnya, atau pelajar INTEK khasnya, mereka ada pilihan kedua iaitu dengan mengakses laman web sbpexcelent.
Gunakan Login ID dan password yang telah diberi oleh pihak sekolah untuk mengakses. Sila klik gambar di bawah:
 
 
 
Sila hubungi SU Sistem Rumah (En. Fauzi bin Ali) atau SU Peperiksaan (Tn. Syed Mohd Shuhaimie) jika anda kehilangan Login ID dan password yang telah dibekalkan. Harap maklum.
p/s: Anda akan mendapati keputusan yang berbeza daripada kedua-dua sistem kerana julat markah yang tidak sama. Berlaku ketidakselarasan markah bagi Gred C, D dan E bagi Menengah Rendah dan bagi Gred C, C+, B, B+ dan A- untuk Menengah Atas.
 

 
Jamuan Kesyukuran sempena Penarafan INTEK sebagai Sekolah Kluster.
 
INTEK, 11 Nov 2011 Sempena penarafan INTEK sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, malam tadi berlangsung jamuan kesyukuran yang melibatkan semua pelajar, guru, staf serta bekas-bekas guru dan staf yang pernah berkhidmat di INTEK. Majlis bermula jam 8.00 malam menyaksikan lebih 9 buah kiosk makanan dan minuman telah disediakan.
Menu seperti nasi arab, ayam golek, mee soto, charkuey teow, kiosk ABC, cendol, nasi goreng cina dan banyak lagi menu telah disediakan di setiap kiosk yang didirikan. Pelajar serta guru hanya perlu pergi dan membuat pesanan sahaja!
Konsep jamuan begini amat meriah dan julung kali diadakan di INTEK, tetapi ada kiosk yang tak menang tangan melayan kunjungan seperti kiosk ayam golek dan ABC!
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran bekas-bekas guru dan staf INTEK sepanjang 2010. Semoga INTEK terus menjadi sebuah institusi pendidikan yang terus cemerlang dan gemilangtidak kira dari akademik, kokurikulum dan sahsiah serta sosial para pelajar dan guru-gurunya. Klik Album untuk lebih banyak gambar.
 
Perjumpaan Alumni INTEK Pertama Berjaya.

SBPI Kuantan, 21 Ogos 2011 Sejak penubuhan INTEK pada 04 Ogos 2003, tidak pernah wujud Alumni secara rasmi, pada hari, tercatat satu lagi peristiwa penting dalam sejarah INTEK, apabila Alumni INTEK bermesyuarat secara rasmi. Semua yang hadir dianggarkan lebih 100 orang terdiri daripada batch-batch 2003 hingga 2010!  Cikgu akan dapatkan maklumat lanjut mengenai perjumpaan ini sedikit masa lagi dan akan disiarkan gambar sekitar perjumpaan ini. Written by: Cikgu Syed @INTEK
 
 

Selamat Kembali ke Sekolah 2014.

SBPI Kuantan, 19 Dis 2013  2013 berlalu, 2014 membuka tirai. Seperti yang semua maklum, INTEK akan membuka tirai 2014 dengan penuh bergaya apabila keputusan PMR yang diumumkan pada hari ini adalah yang terbaik sejak 2013 iaitu sejak INTEK dibuka.

INTEK telah mendapat GPS terbaik setakat ini iaitu 1.14 dengan memecah rekod 1.18 batch dua tahun sebelumnya.

Jumlah pelajar semua A (9A) juga meningkat dengan banyak iaitu seramai 43 orang. INTEK berada di tangga ke-3 daerah Kuantan manakala di tangga ke 47 seluruh SBP. Walaupun begitu, tiada subjek yang mendapat 100% A untuk tahun 2013

Semoga 2014, INTEK akan terus mencipta kejayaan yang lebih manis.

Sekian.
Written by: Cikgu Syed @INTEK

25 Lagi SBT Diiktiraf termasuk INTEK

PUTRAJAYA 2012: Sebanyak 25 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selepas menunjukkan kecemerlangan secara konsisten, menjadikan jumlah keseluruhan 91 SBT seluruh Malaysia sehingga kini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pengiktirafani itu, sasaran Kementerian Pelajaran untuk membangun dan mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah SBT di setiap negeri tercapai dalam tempoh Pelan Transformasi Kerajaan (GTP 1.0- 2010 hingga 2012) yang berakhir pada 31 Disember ini.
“Melalui pengiktirafan ini, peruntukan khas RM18.7 juta diberikan kepada 25 SBT terbaru ini khususnya untuk membantu mengangkat kualiti pendidikan murid ke satu tahap setanding dengan piawaian antarabangsa. “Saya berharap SBT berjaya melahirkan murid sebagai individu yang bukan saja menguasai pengetahuan dan kemahiran, tetapi turut menguasai kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat.
“Ini akan mengupayakan semua murid untuk memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara, malah aspirasi murid ini seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang sedang dikemas kini,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pengiktirafan SBT Kohort 3 (Kumpulan 2), di sini, semalam.
Teks ucapan dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Rosli Mohamed.
Sekolah yang diiktiraf sebagai SBT ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit, Kolej Sains Pendidikan Islam (SABK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan di Terengganu, SM Sains Kepala Batas, SK Bertam Indah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union di Pulau Pinang.
SM Sains Pokok Sena, SK Sultanah Asma di Kedah, SM Sultan Haji Ahmad Shah dan SBPI Kuantan di Pahang, SM Sains Hulu Selangor di Selangor, SM Sains Labuan di Labuan; SBPI Selandar, SK Convent Infant Jesus (2), SK (P) Methodist 2, SJKC Yok Bin di Melaka.
Sekolah lain ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, SMK Infant Jesus Convent, SK Bandar Penawar 2, SK Bandar Maharani di Johor, SK Zainab 1 di Kelantan, SK Sri Gaya di Sabah, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera di Perlis dan SJKC Ave Maria Convent di Perak.
Semua sekolah menerima ganjaran RM700,000 untuk melaksanakan pembangunan atau aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, berdasarkan kecemerlangan berterusan yang ditunjukkan 66 SBT yang diiktiraf sebelum ini, kerajaan bersetuju melanjutkan pelaksanaan SBT dalam tempoh GTP 2.0 iaitu dari 2013 hingga 2015 dengan sasaran sepuluh SBT setahun. Ini bermakna, katanya, jika terdapat sekolah yang layak dan memenuhi kriteria pemilihan, jumlah SBT boleh menjangkau sekurang-kurangnya 130 menjelang tahun 2015.
Source: Harian Metro
  1) Selamat Datang Ke INTEK untuk menempuh sesi penuh mencabar 2014.

2) INTEK telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi Kohort 3 Tahun 2012 bersama 25 buah sekolah lain di seluruh Malaysia.

3) LIKE Facebook rasmi INTEK sekarang dengan carian SBP Integrasi Kuantan (Official).

4) INTEK akan menjadi tuan rumah Hari Kebudayaan Bahasa Cina (HKBC) Peringkat Kebangsaan pada 7 hingga 9 Mac 2014 dengan tema "Bahasa Menjunjung Budaya".

5) Gambar hari terakhir Kurus PRS SBP Zon Timur boleh dimuat turun di laman Album.

6) Jangan lupa untuk Login ke Dashboard Frog VLE anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu...

7) ...............................

HTML


 
Klik di sini jika ada masalah
 
 
ENROLMEN INTEK sehingga:  16 Feb 2014
 TINGKATAN
L
P
 JUMLAH
 Tingkatan Satu


 Tingkatan Dua
 38
44 82
 Tingkatan Tiga
37
37 74
 Tingkatan Empat
 


 Tingkatan Lima
 


 JUMLAH

437

 
BIL. GURU sehingga 08 Jan 2013
 LELAKI
 26
 PEREMPUAN
 33
 JUMLAH
 59

BIL. STAF sehingga 08 Jan 2013
 LELAKI
10
 PEREMPUAN
13
 JUMLAH
23

 
Latest Video:
 
 
 
 

 
 
 
 
 

 



free counters
 
Penafian: Pihak SBP Integrasi Kuantan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan sumber dan maklumat daripada laman web ini. Segala suapan RSS dari Facebook, Twitter atau laman sosial lain tidak menggambarkan pendirian asal pihak sekolah.
Hak Cipta Terpelihara (c) SBP Integrasi Kuantan 2011~2014